PMM laksana aktiviti hijau luar kampus

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

JASIN 24 Mac – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) melaksanakan Program Green Day TVET bagi menceriakan persekitaran Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Ayer Paabas, sebagai aktiviti kelestarian hijau luar kampus.

Pengarah Program merangkap Pengerusi Jawatankuasa Green Technology PMM, Dr Hassan Ismail berkata aktiviti itu melibatkan seramai 60 pelajar dan 25 kakitangan daripada pelbagai institusi pendidikan.

KERJA-KERJA menanam semula pokok bagi mengindahkan suasana SRA JAIM Bemban.

“Antara aktiviti dilaksanakan adalah mengecat bangunan sekolah yang usang, baik pulih sistem paip, pemasangan lampu solar, membuat semakan dan ukur arah kiblat serta melukis mural.

“Menerusi program in kami dapat mengindahkan dan menceriakan persekitaran SRA JAIM ini,” katanya.

Program yang dirasmikan Penghulu Dewan Undangan Negeri Bemban, Zainal Salam itu mendapat kerjasama Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) dan Jawatankuasa Teknologi Hijau PMM.

Turut terbabit dalam aktiviti itu adalah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Unit Sukan Kokurikulum & Kebudayaan dan Unit Pembangunan dan Selenggara, warga PMM, kakitangan SRA JAIM Bemban, Kolej Komuniti Selayang, kakitangan serta pelajar Politeknik Melaka.

Untuk rekod, PMM merupakan Institusi pengajian tinggi (IPT) di tangga yang ke-246 di dunia dalam aspek kelestarian hijau selain turut memenangi beberapa anugerah hijau pada peringkat kebangsaan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1555
Kongsi :
Previous post Empat kabel dasar laut baharu tampung keperluan rangkaian Malaysia
Next post ProtectHealth, TERAJU promosi Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40
Ubah saiz-+=