
PMM LATIH 100 USAHAWAN PERANTIS
MERLIMAU 3 Oktober – Seramai 100 usahawan perantis daripada 10 inkubator keusahawanan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menyertai Program Startup 9.0 Bootcamp di Muar, Johor pada 28 hingga 30 September lepas.
Pengarah Politeknik Merlimau Melaka (PMM) Norizam Sekak berkata, program Startup Bootcamp itu merupakan program tahunan yang diadakan sebagai latihan keusahawanan kepada perantis-perantis usahawan baharu sejak sembilan tahun lalu.
Katanya, sebanyak tujuh Modul Pengurusan Perniagaan disusun dan dikendalikan oleh Unit Usahawan PMM dengan penglibatan penyelaras dan mentor sebagai tenaga pengajar dan fasiliator sepanjang program tersebut.
“Perantis telah didedahkan dengan modul penjanaan idea perniagaan yang lebih kreatif untuk pembangunan inkubator masing-masing, pengurusan pentadbiran, operasi, pemasaran, kewangan dan juga slot kerohanian.
“Diharapkan peserta mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi setelah mendapat bimbingan yang komprehensif seterusnya menjadi usahawan yang berjaya,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Startup 9.0 di sebuah pusat latihan di Muar, Johor, baru-baru ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF BAWA KHABAR GEMBIRA, RUMAH UZUR ROHAIDAH BAKAL DIBAIK PULIH
AYER LIMAU 9 September - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa khabar gembira buat Rohidah Mohd...
MELAKA RUMAHKU: RM8 JUTA BANTU GOLONGAN PERLUKAN RUMAH SELESA
AYER LIMAU 9 September - Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM8 juta sepanjang tahun ini bagi pelaksanaan Program Melaka Rumahku (PMR)...
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
