‘Poghut’ satukan keluarga Dun Ayer Limau

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER LIMAU 2 November – Lebih 4,000 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau disatukan menerusi program penyatuan ‘poghut’ yang diadakan baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, istilah ‘poghut’ (perut) merupakan dialek asal Negeri Sembilan membawa maksud susur galur keluarga yang masih menjalankan adat perpatih di kawasan berkenaan telah dikumpulkan tanpa mengira fahaman politik.

Jelasnya, majoriti penduduk kawasan berkenaan mengamalkan adat perpatih dan kebanyakkannya berasal dari susur galur perut (keluarga) yang sama mampu merafakkan wadah persaudaraan dalam kalangan masyarakat di kawasan berkenaan.

“Menerusi program ‘poghut’ diadakan selama dua hari ini kita menjalankan program serentak membabitkan 17 kawasan perkampungan di DUN Ayer Limau dan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengenal erti fahaman politik.

“Tanpa mengira fahaman politik dan bangsa ini menunjukkan Ayer Limau umpama satu keluarga dan saya mahu tonjolkan muafakat kita yang berdiri di bawah satu keluarga ini mampu menuju kepada penyelesaian masalah dalam komuniti masyarakat.

“Kita akan pastikan muafakat ini akan menuju ke arah ini kerana ada kalanya politik menjadikan kita mangsa perpecahan dalam sistem masyarakat kita, tetapi kita sebenarnya berasal dari satu perut iaitu dari satu keluarga, jadi kita kena fikirkan misi perpaduan kita kepada masyarakat DUN Ayer Limau,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2022-11-02 at 11.48.07
ANTARA 500 kediaman penduduk di kunjungi warga Ayer Limau bagi menghulurkan bantuan dalam program ziarah kasih.

Terdahulu pada program dua hari diadakan itu sebanyak tujuh cabang lokasi utama dianjurkan membabitkan penyertaan kira-kira 700 penduduk.

Menerusi program itu, 17 buah kampung di seluruh Ayer Limau menjalankan beberapa program iaitu Program Ziarah Kasih membabitkan 500 rumah, aktiviti senaman robik dan jalan kaki 1,000 langkah, sebelum diakhiri dengan aktviti gotong royong di lebih 20 lokasi membabitkan kawasan tanah perkuburan, masjid, surau serta pelbagai lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3377
Kongsi :
Previous post PRU15: Kazim Elias tarik diri di Larut, diganti Mohd Shafiq Fhadly Mahmud
Next post PRU15: Hindari pasang bahan kempen di premis atau pepasangan elektrik TNB
Ubah saiz-+=