Sorting by

×

PRN MELAKA PASTI BERLAKU DALAM TEMPOH 120 HARI

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

TANJUNG BIDARA 17 Mei – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diadakan dalam tempoh 120 hari lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka berkata, ia memandangkan pihaknya tidak boleh menunggu sehingga tamat tarikh penggal pada 30 Disember 2026 yang terlalu suntuk untuk mengadakan pilihan raya.

“Di peringkat UMNO kita telah memulakan gerak kerja sejak tahun lalu lagi kerana kita tidak bekerja hanya bila tiba pilihan raya.

“Kita sudah bermula awal dan insya-Allah melihat kepada penerimaan rakyat di Melaka, Kerajaan Negeri ini adalah kerajaan yang menjadi pilihan utama mereka kerana kita telah berjaya membawa perubahan besar dalam landskap pentadbiran yang diterajui UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Sireh Pulang Ke Gagang di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Adun Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah serta lain-lain kenamaan.

Mengulas sama ada UMNO dan BN akan bertanding solo pada PRN akan datang, Ab Rauf yang juga Pengerusi BN berkata, perkara itu belum difikirkan dan akan menunggu masa sesuai untuk diumumkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

112
Kongsi :
Previous post MASJID BAHARU MAKBUL IMPIAN KARIAH LESONG BATU