Sorting by

×

Polis cari ahli keluarga atau waris wanita warga emas

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

GEORGE TOWN, 5 Julai – Polis sedang mencari ahli keluarga atau waris kepada seorang wanita warga emas yang dikesan berada seorang diri di kawasan parkir sebuah hotel di Lebuh Victoria, di sini sejak 28 Jun lepas.

Polis Daerah Timur Laut dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata pihak polis menerima aduan dari pihak hotel berhubung kehadiran wanita dipercayai berbangsa Melayu di kawasan parkir itu, semalam.

“Anggota dari Balai Polis Lebuh Pantai telah pergi ke hotel itu dan hasil temu bual dengan wanita warga emas yang berusia dalam lingkungan 65 hingga 70 tahun itu, dia  gagal memberi sebarang keterangan berkenaan dirinya serta tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya,” menurut kenyataan itu.

WANITA warga emas yang dikesan berada seorang diri di kawasan parkir sebuah hotel di Lebuh Victoria, sejak 28 Jun lepas

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mengenali wanita warga emas berkenaan tampil untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181822 atau kaunter aduan Balai Polis Lebuh Pantai di talian 04-2641628.

“Sesiapa yang mengenali warga emas ini atau mengenali warisnya, diminta tampil di mana-mana balai polis untuk membantu dan kerjasama daripada orang ramai amatlah dihargai bagi memastikan keselamatan wanita warga emas ini,” katanya.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

986
Kongsi :
Previous post Tikam lepas dengar ‘bisikan’ ibu sembah berhala
Next post Wanita didakwa buat hantaran lucah di Twitter
Ubah saiz-+=