
Polis Johor nafi kes culik jual organ di Hospital Johor
JOHOR BAHRU, 5 Oktober – Polis Johor hari ini menafikan berlakunya kes penculikan bagi mengambil organ untuk dijual kepada hospital di negeri ini sebagaimana dakwaan yang tular di media sosial.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata hasil semakan pihaknya juga mendapati tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan insiden jenayah sepertimana yang didakwa seorang individu di media sosial.
Beliau berkata dakwaan tersebut dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.
“Perbuatan menyebarkan dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, tular video berdurasi tujuh saat di media sosial yang mendakwa terdapat penculikan melibatkan pengambilan organ manusia.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TELOK MAS: CABUTAN LEMBU, KAMBING MOTOSIKAL MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH
TELOK MAS 14 Jun - Cabutan bertuah utama menawarkan lembu, kambing dan motosikal menanti pengunjung bertuah hadir memeriahkan majlis penutup...
AJAK SEKAMPUNG FESTIVAL BUKA TIRAI WRUR TELOK MAS
TELOK MAS 14 Jun - Ajak Sekampung Festival 2026 berlangsung di Padang Taman Seri Telok Emas, membuka tirai Program Wakil...
SUNGAI MELAKA LOKASI PERTAMA LUAR CHINA PERKENAL BUDAYA PERAHU NAGA SHUANG RAO
BANDARAYA MELAKA 14 Jun - Sungai Melaka dipilih sebagai lokasi pertama luar China untuk memperkenalkan budaya Perahu Naga Shuang Rao...
PERAHU NAGA SHUANG RAO BUKA TIRAI FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
BANDARAYA MELAKA 14 Jun - Persembahan Perahu Naga Shuang Rao dipilih sebagai acara pembukaan rasmi Festival Sungai Melaka 2026 yang...
PENGKALAN BATU DUN MESRA KELUARGA, ANAK MUDA
PENGKALAN BATU 14 Jun – Penganjuran Karnival Perpaduan dan Pembangunan Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu berjaya menjadi platform...
MPHTJ NAIK TARAF TIGA RUMAH PANGSA DI KESIDANG
KESIDANG 14 Jun – Penduduk di tiga rumah pangsa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang bakal menikmati kemudahan yang lebih...
