Polis Kelantan rampas dadah bernilai RM10.92 juta di Tumpat

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

TUMPAT 12 Ogos – Polis Kelantan merampas 80 kilogram (kg) syabu dan 804,000 biji pil yaba bernilai RM10.92 juta selepas menahan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah di Kampung Kuala Jambu, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, penganggur berusia 32 tahun itu berada dalam pemerhatian pihaknya sejak enam bulan lalu.

Beliau berkata terdahulu lelaki itu ditahan pada 10.05 pagi oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kampung Bendang Pak Yong, di sini kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 0.1 gram dan dua liter air ketum.

“Pada 2 petang hari sama, suspek telah membawa anggota polis ke satu kawasan semak di tepi jalan Kampung Kuala Jambu yang menjadi tempat menyimpan dadah berkenaan.

“Pemeriksaan di lokasi itu menemukan empat bungkusan plastik hitam mengandungi 80 kg syabu bernilai RM2.88 juta dan 804,000 biji pil yaba bernilai RM8.04 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, di sini hari ini.

Shafien berkata dadah tersebut dipercayai untuk pasaran luar Kelantan dengan syabu itu mampu dibekalkan kepada kira-kira 400,000 orang manakala 804,000 orang bagi pil yaba.

Beliau berkata lelaki itu yang positif dadah jenis methampethamine kini direman tujuh hari hingga 17 Ogos depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lelaki itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti saki-baki sindiket itu, katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

606
Kongsi :
Previous post COVID: Kes baharu cecah 21,000 – KP Kesihatan
Next post Arwah suami mahu anak jadi hufaz
Ubah saiz-+=