
Polis keluar tiga saman, lerai pergaduhan ‘rider’ dengan orang awam
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata pertelingkahan pada pukul 10.15 pagi itu dipercayai berpunca daripada tindakan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang meletakkan kenderaan di kaki lima kedai.
“Polis meleraikan pertelingkahan dan meminta kerjasama untuk mengalihkan kenderaan, selain mengeluarkan tiga saman 170A bagi kesalahan halangan, ke atas pemilik motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut mengesan tiga klip video yang tular di media sosial berdurasi 1 minit 41 saat; 1 minit 32 saat dan 1 minit 1 saat, yang memaparkan pertelingkahan itu, dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MACAM HARI RAYA, RAZALE LENGKAP BERBAJU MELAYU DAN TANJAK
MERLIMAU 14 November - Suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Merlimau tampil dengan kelainan apabila seorang pengundi hadir...
‘SAYA RASA SUDAH DEWASA’ JARI BERDAKWAT, TERUJA UNDI KALI PERTAMA
AYER MOLEK 14 November - Pengalaman pertama kali mengundi bukan sahaja mencetuskan keterujaan, malah menjadi kenangan manis buat seorang gadis...
CUACA BAIK, PENGUNDI DUN AYER MOLEK DISARAN KELUAR AWAL
AYER MOLEK 14 November - Pengundi khususnya N.18 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek disaran supaya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing...
BERKAIN PELIKAT, BERTENGKOLOK TUNAI TANGGUNGJAWAB MENGUNDI
DUYONG, 14 November – Penampilan unik seorang warga emas yang hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan berkain pelikat dan bertengkolok...
PAGAR BELUM DIBUKA, KADHI MATHI TIBA AWAL SEMANGAT MAHU TUNAI TANGGUNGJAWAB
PAYA RUMPUT 14 November – Ketika pagar pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput masih berkunci, K Kandhi Mathi, 69,...
MULA-MULA NERVOUS, LEPAS TU LEGA! – PENGUNDI MUDA TERUJA TUNAI UNDI PERTAMA
MACHAP 14 November - Perasaan gementar dialami oleh seorang pengundi muda akhirnya bertukar lega selepas selesai menunaikan tanggungjawabnya di pusat...
