
Polis rampas 7 kilogram syabu di Tawau
TAWAU, 31 Mei – Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas tujuh kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM258,948 dalam dua serbuan di sini pada Rabu lepas (25 Mei).
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Husin berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah premis di Jalan Stephen Tan pada 2.10 petang sementara dua bungkusan plastik berisi syabu itu disembunyikan di dalam alat pembesar suara.
“Suspek yang juga penganggur dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk soal siasat dan hasilnya membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah kedai di Batu 3 Jalan Apas pada 3.40 petang hari yang sama.
“Pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan lima bungkusan sama yang berisi ketulan hablur jernih dipercayai dadah Syabu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Jasmin dadah itu dipercayai dibawa masuk ke Sabah melalui perkhidmatan kurier untuk pasaran tempatan dan suspek dipercayai terlibat dengan satu sindiket dadah.
Suspek kini direman sehingga 1 Jun depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELABURAN RM163,690 UNTUK MASA DEPAN ANAK ASNAF MELAKA
TANJUNG BIDARA 13 September - Sebanyak RM163,690 diperuntukkan Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi menyediakan pelbagai bentuk...
USAHA BANTU PENERIMA KEBAJIKAN DIPERTINGKAT – HAMEED
AYER LIMAU 13 September - Jumlah penerima kebajikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau meningkat kepada lebih 800 orang...
WRUR AYER LIMAU; 36 ADUAN SELESAI, 61 LAGI DALAM TINDAKAN
AYER LIMAU 13 September - Sebanyak 36 daripada 97 aduan direkodkan sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
AZAM TOK HAMEED PASTIKAN ANAK AYER LIMAU TIDAK KECICIRAN DALAM PENDIDIKAN
AYER LIMAU 13 September - Keinginan melihat anak-anak mendapat pendidikan lebih baik menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer...
TALI AIR SUNGAI SIPUT KEMBALI RIUH, 100 ORANG KAMPUNG TURUN MEMANCING
AYER LIMAU 13 September - Selepas sekian lama sepi tanpa aktiviti, kawasan tali air berhampiran Masjid Ar-Rabbani, Kampung Sungai Siput,...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA ‘HIDUPKAN’ EKONOMI KOMUNITI AYER LIMAU
AYER LIMAU 13 September - Festival Sungai Melaka 2026 bukan sekadar memeriahkan kawasan sungai di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN)...
