
Polis siasat Abdul Hadi berhubung kenyataan sentuh isu 3R
KUALA LUMPUR, 10 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya dipercayai menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).
Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Bukit Aman Datuk S. Suresh Kumar berkata siasatan itu dilakukan susulan kenyataan Abdul Hadi dipercayai mendakwa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan diamalkan negara barat.
“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata berkata kenyataan itu dipercayai dilakukan melalui hantaran di Facebook Abdul Hadi, dua hari lepas dan isu berkenaan turut diulas dalam artikel diterbitkan sebuah portal berita tempatan pada tarikh sama.
Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SALUR BANTUAN KEWANGAN BULANAN, CAKNA KEPERLUAN WARGA EMAS
SERI NEGERI 9 Disember - Bantuan kewangan RM500 disalurkan Kerajaan Negeri kepada warga emas bagi memastikan kebajikan golongan itu terjamin,...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: MPHTJ LAKSANA NAIK TARAF INFRASTRUKTUR LEBIH MENYELURUH
SERI NEGERI 9 Disember - Peningkatan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menerusi Bajet Negeri Melaka 2026 memberi ruang lebih...
BAJET NEGERI MELAKA 2026 LULUS
SERI NEGERI 9 Disember – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini, meluluskan Bajet Negeri Melaka 2026 yang bertemakan ‘Pembangunan...
MENDAPAN JALAN KUALA LINGGI KE UNIMEL AKAN DISELENGGARA SEGERA
SERI NEGERI 9 Disember - Jalan mendap di ban sungai Parit Besar Kuala Linggi dari Kuala Sungai Baru ke Universiti...
55 RUMAH PPRS DIBINA DI MELAKA SEPANJANG 2025, 188 DIBAIK PULIH
SERI NEGERI 9 Disember - Sebanyak 55 Projek Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)...
MELAKA PERUNTUK RM1 JUTA BANTU NELAYAN
SERI NEGERI 9 Disember - Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membantu nelayan termasuk yang terjejas susulan projek...
