
Polis tahan geng curi motosikal ‘Adam EX5’ dan ‘Haikal LC’
SUNGAI BULOH, 16 Jun – Polis berjaya menumpaskan dua kumpulan curi motosikal susulan penahanan 13 lelaki di beberapa lokasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, pada 14 dan 31 Mei lepas.
Kesemua yang ditahan berumur 15 hingga 22 tahun, dan empat daripada mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata kumpulan berkenaan menyasarkan motosikal model Honda EX5 dan Yamaha LC135 berikutan permintaan tinggi terhadap komponen motosikal berkenaan.
Beliau berkata anggota kedua-dua kumpulanĀ iniĀ masih muda, tetapi amat mahir dan hanya memerlukan masa sekitar 10 hingga 15 minit untuk mencuri sesebuah motosikal dengan menggunakan peralatan tertentu seperti allen key.
āKedua-dua kumpulan āAdam EX5ā dan āHaikal LCā ini menyasarkan motosikal yang mudah dicuri dan akan meleraikan motosikal berkenaan untuk kegunaan sendiri,ā katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Shafa’aton berkata rangka motosikal curi itu kemudiannya akan dibuang di dalam semak dan sungai, selain mereka tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
MenurutnyaĀ polis turut merampas 11 motosikal, lapan rangka dan lima enjin motosikal serta lain-lain komponen yang disyaki dicuri dengan nilai rampasan dianggarkan RM56,500.
āKesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (curi motosikal) manakala Kumpulan āHaikal LCā turut disiasat di bawah Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan khianat kerana terlibat dalam tiga kes pecah premis perniagaan dobi,ā katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.