Polis tahan lelaki bersama 10 wanita Thailand tawar seks

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

KUALA LUMPUR 4 Julai – Seorang lelaki tempatan bersama 10 wanita warga Thailand yang disyaki menawarkan khidmat seks, ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Pudu Ulu, di sini, 5 petang semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kesemua wanita berusia antara 24 hingga 32 tahun itu disyaki menjalankan kegiatan berkenaan sejak sebulan lalu dengan mengenakan caj sebanyak RM200 bagi setiap kali perkhidmatan.

 

ABD JALIL pada sidang media operasi berkenaan. Foto IPK KL

 

“Lelaki berusia 39 tahun itu pula bertindak sebagai orang tengah dengan menerima komisen RM50 bagi setiap pelanggan yang dibawa dan mereka dipercayai mengiklan perkhidmatan melalui aplikasi media sosial seperti WeChat,” katanya dalam sidang media operasi khas di sini.

Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372A/ 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1963.

Dalam pada itu, Abd Jalil berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung isu bendera hitam yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, tular seruan mengibarkan bendera hitam di hadapan rumah, kedai, tepi jalan atau mana-mana lokasi dirasakan sesuai sebagai tanda kekecewaan rakyat terhadap kerajaan.

Seruan itu turut meminta orang ramai mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial dengan tanda pagar #Lawan sebagai tanda sokongan terhadap kempen terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1005
Kongsi :
Previous post PKPD: Firma guaman dibenar beroperasi dengan SOP ketat
Next post The Brunei Connection: Genealogies and Perantaus in Pulau Pinang
Ubah saiz-+=