Polis tahan penganggur, rampas mercun dan bunga api bernilai RM50,000

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KUANTAN 23 April. – Polis menahan seorang penganggur dan merampas pelbagai jenis mercun serta bunga api dianggarkan bernilai RM50,000 di sebuah rumah di Taman Desa Damai, Bentong, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki tempatan berusia 38 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota polis kira-kira 12.30 tengah malam.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api di dalam kotak di ruang tamu rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar

“Ketika pemeriksaan suspek gagal mengemukakan sebarang lesen atau kebenaran untuk memiliki dan menjual mercun serta bunga api tersebut.

“Siasatan awal turut mendapati lelaki itu baru sahaja mendapatkan kesemua bahan berkenaan dan siasatan lanjut diteruskan bagi mengenal pasti pembekal bahan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SEBAHAGIAN mercun yang dirampas. Foto IPD Bentong

Katanya suspek direman tiga hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki bahan letupan tanpa sebarang lesen sah, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Zaiham mengingatkan semua pihak supaya tidak menjual atau bermain mercun tanpa permit, termasuk yang telah diubah suai, kerana perbuatan itu adalah berbahaya selain menyalahi undang-undang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1559
Kongsi :
Previous post Keunikan berbuka puasa di lapangan terbang cetus fenomena baru
Next post Dua pengawal peribadi dibelasah majikan dijadikan ‘keluarga angkat’ Bersatu Klang
Ubah saiz-+=