Dua pengawal peribadi dibelasah majikan dijadikan ‘keluarga angkat’ Bersatu Klang

Masa Membaca:56 Saat

SHAH ALAM 23 April. – Bersatu Klang akan menjadikan dua lelaki yang dibelasah majikan kerana berpuasa sebagai ‘keluarga angkat’ bagi memastikan kebajikan kedua-dua bekas pengawal peribadi itu terbela sehingga mereka mendapat pekerjaan baharu.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari berkata, pihaknya juga akan melantik panel peguam bagi membantu kedua-dua mangsa memfailkan saman menuntut ganti rugi daripada pelaku.

“Kedua-duanya mengalami trauma bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Pada masa sama, beliau berkata Bersatu Selangor mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia dan pihak pendakwa raya yang telah mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan masa kini tidak bertolak ansur terhadap perlakuan jenayah yang mencabar hak dan kebebasan beragama apatah lagi terhadap agama Islam yang termaktub sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika sidang media di sini semalam.

Sementara itu, Bersatu Selangor turut menyampaikan bantuan RM3,000 kepada seorang daripada mangsa bagi membantunya menampung perbelanjaan sepanjang bulan Ramadan.

“Kami juga akan berusaha mencari pekerjaan yang sesuai untuk kedua-dua mereka secepat mungkin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

512
Kongsi :
Previous post Polis tahan penganggur, rampas mercun dan bunga api bernilai RM50,000
Next post 49 tahun pukul beduk Masjid Kampung Hulu
Ubah saiz-+=