
Polis tahan suspek bunuh warga emas
SEREMBAN, 10 Oktober – Polis menahan seorang suspek lelaki pada Sabtu, dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Paroi Jaya dekat sini, pada 23 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sebuah pondok tepi jalan di Batu 4 Jalan Port Dickson-Teluk Kemang dekat sini, pada kira-kira pukul 1 tengah hari, selain merampas barangan kemas milik mangsa yang ditemukan bersama suspek.
“Polis percaya dengan tertangkapnya lelaki ini, kes tersebut telah diselesaikan. Polis mengucapkan ribuan terima kasih atas maklumat orang ramai sehingga tertangkapnya suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek akan direman sehingga 14 Okt bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Media sebelum ini melaporkan mayat mangsa yang berusia 75 tahun itu ditemukan pada 8.25 malam dengan kesan kecederaan pada anggota badan di rumahnya di Jalan Kedidi 7, Taman Paroi Jaya dekat sini, 23 Sept lepas.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KERAJAAN NEGERI TERUS PERKASA WARISAN KULINARI MELAKA
BANDA HILIR 4 Julai - Festival Masakan Warisan Melaka dan Melaka Heritage Festival 2026 yang dianjurkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
MPAG DIDIK MASYARAKAT JAGA KEBERSIHAN, HINDAR GANGGUAN LALAT
MACHAP JAYA 4 Julai - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) melancarkan Kempen Kawalan Infestasi Lalat Tahun 2026 bertujuan untuk meningkatkan...
WRUR SERKAM: ISU GERAN TANAH 50 PENDUDUK TAMAN PONDOK INDAH HAMPIR SELESAI
SERKAM 4 Julai - Isu geran tanah membabitkan kira-kira 50 penduduk Taman Pondok Indah kini berada pada peringkat akhir penyelesaian...
KURSUS PRA PERKAHWINAN PERCUMA BERI MANFAAT HAMPIR 3,000 ANAK MELAKA
PENGKALAN BATU 4 Julai - Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Melaka yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dan diselia MAIM Holdings Berhad...
MELAKA LANCAR KEMPEN TUNAI ZAKAT SAHAM, POTONGAN GAJI ZAKAT
PENGKALAN BATU 4 Julai - Zakat Melaka kini melancarkan Kempen Tunaikan Zakat Saham serta Kempen Potongan Gaji Baharu dan Kemaskini...
MELAKA PERINCI DASAR BAHARU KAWAL SELIA NGO PENGURUSAN JENAZAH
SERKAM 4 Julai - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan mengadakan perjumpaan bersama agensi terlibat untuk memperincikan...

