
Polis tumpaskan sindiket curi elektrik lombong bitcoin
SEREMBAN 19 Mac. – Polis menumpaskan sindiket mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin menerusi serbuan di tiga premis rumah kedai di sekitar kawasan Seremban 3 semalam melibatkan nilai rampasan RM528,000.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata operasi bersepadu dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu menyerbu kedai pertama dengan merampas 82 unit mesin perlombongan bitcoin.
“Kedai kedua sebanyak 102 mesin bitcoin dan kedai seterusnya 80 mesin bitcoin dirampas. Selain itu, seorang lelaki ditangkap dipercayai terlibat dalam aktiviti perlombongan bitcoin ini.
“Hanya seorang tangkapan setakat ini, siasatan akan dijalankan bagi mencari siapa dalang di sebalik aktiviti ini, saya percaya dia adalah penjaga premis,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata TNB turut mengalami kerugian sebanyak RM105,000 sebulan akibat aktiviti haram itu yang dilakukan sejak enam hingga tujuh bulan lepas.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 kerana mencuri bekalan elektrik.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENANTIAN 2 DEKAD BERAKHIR, SURAU IMPIAN PENDUDUK TAMAN SERI TELOK MAS FASA 5 DIBINA
TELOK MAS 19 Jun – Penantian lebih dua dekad penduduk Taman Seri Telok Mas Fasa 5 untuk memiliki surau sendiri...
RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN DIJANGKA SIAP DALAM TEMPOH SEBULAN
TANJUNG BIDARA 19 Jun - Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri bekerjasama bagi membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, dan isteri Samsiah...
KETUA MENTERI UMUM BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA SMK TELOK MAS
TELOK MAS 19 Jun - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas bakal menerima dua unit televisyen pintar (Smart TV) dan...
WRUR TELOK MAS REALISASI HASRAT RAKYAT
TELOK MAS 19 Jun - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas memberikan impak...
MELAKA BINA 13 MASJID BAHARU DALAM TEMPOH TIGA TAHUN – KM
TELOK MAS 18 Jun - Sebanyak 13 masjid baharu telah dibangunkan Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun sebagai bukti komitmen...
KETUA MENTERI TURUN PADANG SANTUNI RAKYAT TELOK MAS
TELOK MAS 18 Jun - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meneruskan pendekatan mendekati rakyat apabila meluangkan masa...
