
Polis tunggu laporan penuh insiden binaan jejambat runtuh
KUALA LUMPUR 4 Mac. – Polis masih menunggu laporan penuh berhubung insiden perancah besi pembinaan sebuah lebuh raya yang runtuh di Desa Tun Razak, di sini, petang semalam daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta pihak bomba.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata setakat ini siasatan masih dijalankan bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung kejadian berkenaan.
Beliau berkata pemandu treler berkenaan direman selama empat hari mulai hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana didapati positif dadah methamphetamin.
“Sesudah itu dia kemudiannya akan terus disiasat berhubung kemalangan terbabit,” katanya pada pemberita pada Program MYBERAS@Wilayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
Semalam, sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak di sini runtuh dan menghempap sebuah van yang dinaiki lima individu.
Insiden kira-kira 6 petang itu melibatkan sebuah treler membawa jengkaut yang melanggar binaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) berhadapan Terminal Bersepadu Selatan.
#lebuhrayaSUKE #treler #jejambat #pemandutreler
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...

