Nahas SUKE: Dua mangsa disahkan maut, tiga selamat – Polis

Masa Membaca:53 Saat

KUALA LUMPUR 3 Mac – Dua wanita maut, manakala tiga lagi termasuk pemandu van kilang disahkan selamat selepas kenderaan itu dihempap runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata semua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan sudah berjaya dikeluarkan malam ini.

“Dua wanita maut, dua lagi wanita terselamat dan seorang pemandu van iaitu lelaki turut terselamat,” katanya pada sidang media seperti dilaporkan portal Astro Awani di sini, malam ini.

Terdahulu Melaka Hari Ini melaporkan sekurang-kurangnya lima individu terperangkap dalam kejadian di SUKE, berhampiran Desa Tun Razak, Kuala Lumpur jam 6 petang tadi dipercayai berpunca daripada kemalangan melibatkan sebuah treler yang merempuh perancah besi di lebuhraya berkenaan.

Perkara itu disahkan pemaju projek pembinaan SUKE, Projek Lintasan Sungai Besi – Ulu Klang Sdn Bhd dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kemalangan itu melibatkan sebuah treler yang membawa lebih muatan dan melanggar perancah besi pembinaan lebuhraya terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

783
Kongsi :
Previous post MUFC tekad kikis imej pasukan ‘tumpul’
Next post (Kemas kini) Nahas SUKE: Pemandu treler akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987
Ubah saiz-+=