Treler rempuh perancah besi punca jejambat SUKE runtuh

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 3 Mac – Jejambat yang runtuh sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya lima individu terperangkap dalam kejadian di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), berhampiran Desa Tun Razak, di sini, petang tadi dipercayai berpunca daripada kemalangan melibatkan sebuah treler yang merempuh perancah besi di lebuhraya berkenaan.

Perkara itu disahkan pemaju projek pembinaan SUKE, Projek Lintasan Sungai Besi – Ulu Klang Sdn Bhd dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kemalangan itu melibatkan sebuah treler yang membawa lebih muatan dan melanggar perancah besi pembinaan lebuhraya terbabit.

KEADAAN jejambat yang runtuh dalam kejadian di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Kuala Lumpur, petang tadi dipercayai berpunca daripada kemalangan melibatkan sebuah treler yang merempuh perancah besi di lebuhraya berkenaan.

“Bagaimanapun, treler berkenaan tidak terlibat dengan projek pembinaan SUKE.

“Kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik yang teruk dan pasukan bomba berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan,” kata kenyataan itu,

Berdasarkan kenyataan itu, pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa.

“Bagi mendapatkan maklumat terkini atau menghantar maklumbalas, orang ramai diminta berhubung dengan saluran komunikasi SUKE menerusi talian hotline 1 300 88 9922 atau melayari laman Facebook melalui Facebook PROLINTAS Highways dan Twitter @mySUKEofficial,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 6 petang itu, sebuah van kilang yang membawa lima individu terperangkap dalam runtuhan jejambat projek lebuh raya berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

869
Kongsi :
Previous post 305 ditahan semalam kerana ingkar SOP- Ismail Sabri
Next post MUFC tekad kikis imej pasukan ‘tumpul’
Ubah saiz-+=