Politeknik Merlimau terima 1,168 pelajar baharu

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

MERLIMAU 8 September – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menerima kemasukan seramai 1,168 pelajar baharu bagi sesi 1 2023/2024.

Pengarahnya, Norizam Sekak berkata, sambutan menggalakkan sesi kali ini membuktikan PMM menjadi pilihan utama bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran.

Katanya, PMM merupakan politeknik ke-14 ditubuhkan dari 36 politeknik di seluruh Malaysia.

“Kewujudan PMM sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sejak tahun 2002 yang menawarkan sebanyak 17 program di peringkat Diploma dan satu Program Asasi.

“TVET di PMM terdiri daripada lima jabatan utama iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti serta dua jabatan sokongan iaitu Jabatan Pengajian AM dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.

“Semua kursus yang ditawarkan di PMM semakin mendapat tempat dan diterima ramai, malah rata-rata ibu bapa sudah mula membuka mata dan melihat Pendidikan TVET ini mempunyai masa depan yang cerah untuk anak mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Norizam berkata, persepsi masyarakat mengenai TVET sebagai pilihan kedua adalah tidak lagi relevan pada masa kini.

“Saya harap pelajar dapat memanfaatkan peluang pembelajaran dan kemudahan prasarana yang terdapat di PMM.

“Kita mahu lihat kesungguhan anak-anak ini meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1553
Kongsi :
Previous post LTAM: Pesawat tak penuh sampai separuh punca henti sementara perkhidmatan
Next post JPJ terima lebih RM20 juta hasil kutipan bombor pendaftaran siri M___M
Ubah saiz-+=