LTAM: Pesawat tak penuh sampai separuh punca henti sementara perkhidmatan

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

BANDARAYA MELAKA 8 September – Kurang permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan udara dalam kalangan pengguna di Negeri Melaka antara faktor syarikat penerbangan menghentikan sementara operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, kekurangan tempatan tiket penerbangan menyebabkan semua perkhidmatan penerbangan komersial dihentikan sementara sejak bulan lalu.

“Syarikat ini melaporkan mereka kurang mendapat sambutan, setiap kali penerbangan jumlah penumpang tidak sampai separuh. Tempahan hanya meningkat pada musim perayaan dan hujung minggu sahaja.

“Ini menjadi satu masalah besar buat syarikat berkenaan, mereka perlu menganggung kos yang begitu tinggi tetapi tidak memberi impak yang begitu baik.

“Kerajaan Negeri akan mencari kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ini seperti akan mengadakan perbincangan bersama syarikat terlibat untuk melaksanakan pemberian insentif kepada mereka,” katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu Program Dialog 1.30 di MELAKAfm, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), di sini.

Hadir sama, Pengarah JKR Melaka, Datuk Ir. Ismail Abd Rahman.

photo1694077714
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer mengadakan sidang akhbar selepas temubual secara langsung pada Program Dialog 1.30@Melaka FM mengenai inisiatif ‘No Right Turn’ di Pejabat RTM Melaka. Foto: MR. AZLI

Hameed berkata, perjumpaan bersama enam wakil syarikat penerbangan berkenaan juga sudah dijalankan sebelum ini namun tidak menemukan sebarang penyelesaian positif.

“Namun sehingga hari ini kita tidak mendapat sebarang jawapan. Jika ada mendakwa Kerajaan Negeri tidak bertindak berhubung perkara ini ia tidak benar,

“Keputusan adalah hak syarikat penerbangan, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana syarikat penerbangan untuk beroperasi di LTAM,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1436
Kongsi :
Previous post Cadang LTAM jadi pangkalan helikopter
Next post Politeknik Merlimau terima 1,168 pelajar baharu
Ubah saiz-+=