PORT ‘GLAMPING’ BAHARU DI PUNCAK LAKSAMANA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 6 November – Selain menjadi mercu tanda baharu Melaka, Puncak Laksamana Bukit Beruang bakal menyediakan satu ‘port glamping’ yang mula dibuka kepada orang ramai pada tahun hadapan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, inisiatif itu memberi peluang kepada penggemar aktiviti mendaki bukit (hiking) untuk beriadah di puncak itu.

“Insya-Allah aktiviti ‘glamping’ ini adalah fasa kedua yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan, buat masa ini kita (MPHTJ) akan melakukan kerja-kerja pembersihan tapak dahulu.

“Pada masa sama kita juga akan menyediakan tandas untuk kemudahan pengunjung atau pelancong yang berada di Puncak Laksamana dan beberapa fasiliti yang lain.

“Dijangka awal tahun 2026 aktiviti glamping sudah boleh dijalankan, selain mendaki orang ramai boleh beriadah bersama keluarga sambil melihat pemandangan Bandar Melaka pada waktu malam,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Sapiah turut menasihatkan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan Puncak Laksamana tersebut demi keselesaan bersama.

“Kita sudah sediakan satu kawasan rekreasi baharu, jadi saya minta kerjasama orang ramai menjaga kebersihan, kalau bawa makanan pastikan sampah dibuang di tempat sepatutnya.

“Walaupun kakitangan MPHTJ setiap hari lakukan kerja pembersihan, tapi kita menggalakkan pengunjung untuk membawa semula sampah mereka dan buang di tempat disediakan.

“Selepas tapak glamping ini siap mungkin kita akan tambah faktor pencahayaan untuk membolehkan pengunjung merasai suasana yang lebih menarik dan cantik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

132
Kongsi :
Previous post SISTEM E-TANAH WADAH TRANSFORMASI PENTADBIRAN TANAH
Next post MAIM BUKA 5 KAUNTER AGIHAN ZAKAT WAKTU REHAT
Ubah saiz-+=