
PPAD Alor Gajah terima sumbangan peralatan operasi
ALOR GAJAH 19 Nov – Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah di sini, semalam menerima sumbangan peralatan operasi dalam persiapan menghadapi musim tengkujuh berikutan peralihan monsun di negara ini.
Sumbangan peralatan bernilai kira-kira RM20,000 itu disumbangkan Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah (PDTAG).
Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Kapten (PA) Aljibin Sudin berkata, sumbangan pelbagai peralatan termasuk dua unit pam air tekanan tinggi, dua gergaji berantai dan mesin penyedut air memang diperlukan bagi melancarkan operasi seperti kerja pembersihan pasca banjir dan penebangan pokok tumbang.
Beliau berkata, peralatan lain diterima adalah 40 kerusi, meja lipat dan khemah kecil.
“Sumbangan peralatan operasi ini membuktikan keprihatinan pihak PDTAG terhadap keperluan jabatan sekali gus dapat mempertingkat keupayaan kita untuk melaksanakan operasi.
“Sumbangan ini memang kita alu-alukan berikutan kekangan kewangan untuk pembelian peralatan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Terdahulu, sumbangan disampaikan Penghulu Tertinggi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Mohmad Nizam Dawood.
Views:
Related

Berita Lain
AKADEMIK DAN KEROHANIAN PERLU SEIRING BENTUK GENERASI MELAKA CEMERLANG
TABOH NANING 22 November – Pembangunan modal insan bagi melahirkan generasi berkualiti, berilmu dan berakhlak mulia perlu dilaksanakan secara berterusan...
TAMBAH BEKALAN AYAM, BARANGAN ASAS PROGRAM JUALAN RAHMAH DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 22 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Dr. Mustafa Musa bercadang mengadakan rundingan bersama...
RM9.5 JUTA PACU PEMBANGUNAN, MPJ PERKUKUH KEMUDAHAN JASIN
JASIN 22 November - Peruntukan pembangunan berjumlah RM9.5 juta direkodkan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sehingga Oktober 2026 bagi memastikan pembangunan...
KERUSI RODA BAHARU, SINAR KECERIAAN BUAT ADIK FAWZIAH
MERLIMAU 22 November – Keperluan sebuah kerusi roda yang lebih selesa buat adik Farwizah akhirnya mendapat perhatian apabila kemudahan baharu...
MPHTJ BERJAYA SELESAIKAN 84 PERATUS DARIPADA KESELURUHAN 3,800 ADUAN DITERIMA
AYER KEROH 22 November - Sebanyak 3,800 aduan diterima Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sejak Januari hingga kini, dengan...
AMALAN KITAR SEMULA MBMB BANTU KEPERLUAN HOSPITAL
AYER KEROH 22 November – Amalan kitar semula di Melaka turut memberi manfaat kepada sektor kesihatan apabila beg kertas terpakai...

