
PPSPM SASAR 100,000 TEBUS TIKET PERCUMA SEHINGGA DISEMBER
BANDARAYA MELAKA 29 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyasarkan 100,000 pengunjung yang akan menebus tiket percuma menaiki Melaka River Cruise (MRC) sehingga Disember depan.
Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan, menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Khairunnisa Ibno Masooda berkata, tiket percuma itu layak ditebus anak Melaka atau pemegang kad pengenalan ’04’ dan ’30’ atau pemastautin di negeri ini.
Katanya, ia merupakan hadiah daripada Kerajaan Negeri sempena sambutan Hari Jadi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.
“Untuk rekod, kemasukan percuma itu boleh ditebus bermula 24 Ogos sehingga 31 Disember tahun ini.
“Setakat 24 hingga 26 Ogos, PPSPM telah menerima penebusan kira-kira 3,000 tiket percuma menaiki Melaka River Cruise,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Khairunnisa memaklumkan orang ramai khususnya anak Melaka yang masih belum menebus tiket percuma boleh menebusnya di mana-mana kaunter tiket PPSPM.
“Setiap yang layak hanya boleh menebus tiket percuma di satu produk pelancongan terpilih sahaja, di mana ia merupakan tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELAJAR KERAP PONTENG SEKOLAH AKAN DITARIK KEISTIMEWAAN
AYER KEROH 13 Disember – Murid dan pelajar yang kerap ponteng sekolah berdepan risiko hilang keistimewaan serta kelayakan menerima bantuan...
JUALAN MURAH SETIAP BULAN DI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 13 Disember - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput bakal menjadi yang pertama di negeri mengadakan program jualan...
USAHA TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELAKA SUATU PELABURAN MENGUNTUNGKAN
AYER KEROH 13 Disember - Langkah awal Melaka melakukan transformasi pendidikan dengan menganjurkan Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka berpotensi menjadi...
162 INISIATIF JADI ASAS MELAKA BINA GENERASI BERAKHLAK DI SEKOLAH
AYER KEROH 13 Disember - Sebanyak 162 inisiatif telah digariskan pada Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka menerusi sesi bengkel melibatkan...
PELAN DISIPLIN ANAK MELAKA AKAN DIWUJUDKAN – KM
AYER KEROH 13 Disember - Kerajaan Negeri bercadang membangunkan dasar dan pekeliling baharu pendidikan yang lebih komprehensif di bawah Pelan...
MELAKA BENTANG 10 RESOLUSI TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Disember - Sebanyak 10 resolusi dalam memeta hala tuju pendidikan negara akan dibawa Kerajaan Negeri menerusi penganjuran...
