
PPV Encore Melaka bakal tampung 1,000 dos suntikan setiap hari
AYER KEROH 29 Jun – Melaka bakal membuka sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala besar di Encore, Kota Syahbandar dijangka akan beroperasi pada Julai ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, PPV baharu itu sudah diluluskan dan mampu menampung 1,000 suntikan sehari kepada rakyat Melaka.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, selain PPV Encore, dua lagi PPV awam di Yayasan Toh Puan Zurina, Peringgit dan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam sudah diluluskan untuk menampung pemberian vaksin pada Julai.

“Kita juga akan membuka tiga PPV hospital swasta iaitu di Hospital Pantai, Mahkota Medical Centre dan Southern Specialist Eye Centre, selain turut membuka 36 buah PPV General Practitioner (PPVGP) di klinik kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Seri Negeri, hari ini, yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Dalam perkembangan lain, Khairy memaklumkan setakat ini kesemua PPV di seluruh negara beroperasi enam hari seminggu.
Bagaimanapun, katanya, sekiranya ada keperluan, PPV sedia ada boleh ditingkatkan beroperasi tujuh hari seminggu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SEMAI KASIH SAYANG KEPADA ANAK YATIM RAYSAS SEMPENA HARI ASYURA
PANTAI KUNDOR 26 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada anak yatim bersempena Hari...
213 ANAK YATIM PARLIMEN ALOR GAJAH DIRAIKAN SEMPENA HARI ASYURA
REMBIA 26 Jun - Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 213 anak-anak yatim yang diraikan pada Majlis Menyantuni Anak-Anak Yatim...
7 DEKAD, KELAB BELL BELIA TAMIL TERUS BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT
AYER KEROH 26 Jun - Program Derma Darah 2026 anjuran bersama Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia dan Majlis Kelab...
WRUR RIM: MPJ PRIHATIN BAIK PULIH LIMA RUMAH UZUR
RIM 26 Jun - Sebanyak lima rumah uzur telah dinaik taraf dan dibaik pulih Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan kos...
SEMANGAT HIJRAH PEMANGKIN BUDAYA KERJA WARGA CMI
AYER KEROH 26 Jun - Semangat hijrah bukan sekadar mengimbau perjalanan agung Rasulullah SAW, sebaliknya menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya...
PRESTASI SEMUA PBT DI MELAKA PADA TAHAP TERBAIK
BEMBAN 26 Jun - Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka menunjukkan prestasi yang terbaik dan komited untuk memberikan perkhidmatan...
