Praktik e-Pay, e-Wallet di bazar Ramadan

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 18 Mac – Peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di kawasan Hang Tuah Jaya diminta mempraktikkan kaedah pembayaran tanpa tunai.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Datin Sapiah Haron berkata, pembayaran secara elektronik menerusi e-Pay atau e-Wallet dilihat perlu dipraktikkan bagi memudahkan pengunjung.

Katanya, ia juga selari dengan hasrat Kerajaan Negeri menuju negeri digital.

“Kita sudah maklumkan kepada penganjur dan peniaga mengenai kaedah pembayaran tanpa tunai ini dan alhamdulillah mereka (penganjur) tiada masalah dan menyambut baik cadangan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sebelum ini, Sapiah memaklumkan pihaknya telah meluluskan 11 bazar Ramadan dan empat bazar Aidilfitri di kawasan Hang Tuah Jaya.

Ia membabitkan keseluruhan 1,353 tapak perniagaan.

SENARAI BAZAR RAMADAN, AIDILFITRI MPHTJ:-

– Bazar Ramadan –

1. Tapak Parkir Masjid Al-Alami Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh
2. Tapak Parkir Pangsapuri Ixora Bukit Beruang
3. Pusat Niaga Gangsa
4. Hadapan Taman Batu Berendam Putra
5. Hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka
6. Pekan Durian Tunggal
7. Hadapan Masjid Ar-Rahmah Jalan Tun Telani, Kampung Tun Razak, Bukit Katil
8. Tapak Parkir Taman Mini Malaysia & Asean Cultural Park (baharu)
9. Hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chabau
10. Dalam Kawasan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
11. Tapak Parkir Pusat Perniagaan Putra Sentosa

– Bazar Aidilfitri –

1. Tempat Letak Kenderaan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) MITC
2. Dewan Pameran A,B dan C serta Dataran MITC
3. Lot Parkir Hadapan Kip Mall dan Kip Utama Bachang
4. Tapak Parkir Mydin MITC

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2753
Kongsi :
Previous post MPJ lulus sembilan bazar Ramadan, dua bazar Aidilfitri di Jasin
Next post Mangsa banjir Johor, Pahang terima baucar Payung Rahmah
Ubah saiz-+=