Praktis ‘Ijazah Pergigian’ seminggu, ‘klinik’ gigi diserbu

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

MALIM 20 Oktober – Dengan berbekalkan ‘Ijazah Pergigian’ ekspres dipelajari dalam tempoh tujuh hari di China empat tahun lalu, seorang pemilik premis rawatan kecantikan wanita berusia 22 tahun sudah ‘merawat’ puluhan pelanggan.

Perkara itu diakui ‘graduan’ jurusan pergigian haram berkenaan yang ditahan bersama dua pekerjanya selepas premis miliknya itu diserbu pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu operasi khas dijalankan, di sini, bermula,  kira-kira jam 2 petang semalam.

Dalam Operasi Khas itu, sepasukan anggota Bahagian Penjagaan Kesihatan Pergigian KKM berjaya membongkar kegiatan itu yang berselindung disebalik pusat kecantikan di tingkat dua bangunan rumah kedai.

WhatsApp Image 2022-10-20 at 12.54.38 AM
Dr Rosnah Atan

Menurut Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Rosnah Atan berkata, serbuan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kegiatan premis itu sebelum risikan dijalankan sejak sebulan lalu.

Katanya, ketika serbuan dijalankan, pihaknya percaya premis itu ada menjalankan kegiatan pergigian haram seperti memasang pendakap gigi yang hanya boleh dilakukan oleh pegawai perubatan atau doktor bertauliah sahaja.

“Premis ini dipercayai telah beroperasi lebih dua tahun dan hasil risikan mendapati pelanggan perlu membuat janji temu menerusi laman sosial Instagram.

“Kos untuk pemasangan pendakap gigi yang ditawarkan di ‘klinik’ ini antara RM1,200 hingga RM1,500.

“Kami turut merampas beberapa peralatan yang digunakan semasa proses rawatan pergigian dijalankan,” katanya pada sidang media Operasi Khas Pergigian Haram itu.

WhatsApp Image 2022-10-20 at 12.51.27 AM
BILIK rawatan yang menjalankan kegiatan rawatan gigi haram di sebuah pusat rawatan kecantikan.

Mengulas lanjut, katanya, pihak KKM turut menjalankan siasatan lanjut terhadap seorang wanita berusia 22 tahun yang menjalankan perkhidmatan ketika serbuan dilakukan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 62 dan Akta 804 Akta Pergigian 2018 di mana amalan pergigian dilakukan oleh orang yang tidak berdaftar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2420
Kongsi :
Previous post Setiap papan tanda perlu ada tulisan jawi – KM
Next post SPR bermesyuarat hari ini, tentukan tarikh penting PRU15
Ubah saiz-+=