Sorting by

×

‘TOK RAUF LOVE YOU TOO’

Masa Membaca:2 Minit, 12 Saat

LENDU 12 Jun – Laungan ‘I Love Tok Rauf’ daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin, dibalas ‘I Love You Too’ oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bukan sekadar memeriahkan suasana Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar Dan Program Sumbangan Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA berlangsung di sekolah itu.

Apa yang tersirat sebenarnya adalah kasih sayang dan harapan besar Ketua Menteri dalam membentuk kemenjadian yang seterusnya melahirkan generasi anak Melaka berkualiti serta berwawasan untuk memajukan negeri bertuah ini.

Sejak menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Ab Rauf amat mementingkan aspek pendidikan selain mengusahakan pelbagai inisiatif demi kecemerlangan akademik anak Melaka dan hasrat itu adalah selaras dengan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa).

Ketua Menteri berkata, usaha membina masa depan Melaka bukan sekadar menyediakan bantuan pendidikan semata-mata, tetapi perlu disulam dengan pelbagai projek berimpak tinggi demi faedah dan manfaat kepada rakyat.

“Kita nak pastikan bahawa setiap anak Melaka mempunyai laluan yang jelas untuk membina masa depan yang lebih baik sama ada melalui pendidikan akademik, pendidikan tinggi ataupun latihan kemahiran.

“Sebab itu, kerajaan negeri terus memperkukuh ekosistem pendidikan dan latihan kemahiran menerusi 61 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Malah, Melaka turut mencipta sejarah apabila memperkenalkan TVET Tahfiz pertama seumpamanya menawarkan Persijilan Menyelam Dasar Laut yang Profesional 11 24,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar Dan Program Sumbangan Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA yang melibatkan seramai 1,200 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Adun Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin serta Adun Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Hadir sama Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said; Pengarah MARA Negeri Melaka Shah Zulmizan Safar; Ketua Sekretariat Yayasan Pelajaran MARA Negeri Melaka merangkap Ketua Puteri UMNO Negeri Melaka Nurul Amirah Mohd Yusof serta Pengetua SMK Sultan Alauddin Badrul Hisham Abd Karim.

Berkongsi pencapaian negeri Ketua Menteri berkata, dalam tempoh lebih 20 tahun, buat pertama kalinya, nilai pelaburan Melaka mencecah RM14.68 bilion yang dijangka mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan baharu.

“Persoalannya…Siapakah yang akan mengisi peluang pekerjaan itu nanti. Siapakah yang akan menjadi jurutera, pakar teknologi, akauntan, guru, usahawan dan pemimpin masa hadapan.

” Jawapannya ada di hadapan saya pada pagi ini. Anak-anak SMK Sultan Alauddinlah yang akan menjadi sebahagian daripada generasi yang memacu Melaka ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

574
Kongsi :
Previous post PRN JOHOR DITETAPKAN 11 JULAI, NEGERI SEMBILAN PADA 1 OGOS – SPR
Next post UMNO MELAKA BUKA PINTU KERJASAMA KEPADA SEMUA PIHAK