Setiap papan tanda perlu ada tulisan jawi – KM

Masa Membaca:58 Saat

DURIAN TUNGGAL 19 Oktober – Kerajaan Negeri meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meletakkan tulisan jawi pada setiap papan tanda.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pelaksanaan itu bagi memastikan tulisan jawi terus diutamakan memandangkan ia juga bahasa kebangsaan Malaysia.

“Memang sebelum ini saya minta PBT pada papan tanda jalan atau lorong diletakkan sekali tulisan jawi dibawah tulisan rumi.

“Semuanya bagi memperkasakan tulisan jawi supaya warisan ini tidak terus ketinggalan di akhir zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Peranti Siswa UTeM & Pelancaran Karnival Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat UTeM di Dewan Canselor UTeM di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, di pejabat beliau sendiri juga menggunakan bahasa jawi di setiap papan tanda.

55C7B388-CDCA-4DBC-BFFF-265866B8D3B7
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (tiga dari kiri) menyampaikan peranti kepada pelajar pada Majlis Penyerahan Peranti Siswa UTeM dan Pelancaran Karnival Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat UTeM di Dewan Canselor UTeM, Durian Tunggal, Melaka. Foto: MR. AZLI

“Malah di pejabat saya, iaitu pejabat Ketua Menteri bawah tulisan rumi tetap ada tulisan jawi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6639
Kongsi :
Previous post SPR jadi tumpuan esok, umum tarikh penting PRU15
Next post Praktis ‘Ijazah Pergigian’ seminggu, ‘klinik’ gigi diserbu
Ubah saiz-+=