
PRN Melaka jadi kayu ukur PRU-15
MASJID TANAH 15 Okt. – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi ‘kayu ukur’ UMNO dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu berdasarkan sebarang butiran perbincangan dan rundingan yang akan dibuat.
“Mungkin boleh dikatakan begitu (PRN Melaka jadi kayu ukur PRU-15) tapi kita belum membuat keputusan dan memuktamadkan apa-apa perbincangan dan perundingan.
“Setakat ini kita mengumpulkan maklumat dan maklum balas supaya idea kita perolehi, kita boleh buat keputusan tepat,” katanya pada sidang media selepas program penyerahan komputer riba kepada UMNO Cawangan Masjid Tanah Kampung Pulau di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
‘MAK CIK TAKKAN LUPA BUDI TOK RAUF, YB ALONG’
REMBIA 11 Ogos - 'Rumah syurga dunia' menjadi gambaran rasa syukur Sawiyah Husin, 65, apabila menerima sebuah rumah baharu menerusi...
HLN 2026: KOLEJ KOMUNITI SELANDAR BUKTIKAN WARGA TVET HEBAT DALAM LANDSKAP
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kolej Komuniti Selandar (KKSL) mencipta kejayaan membanggakan apabila merangkul gelaran naib johan Pertandingan Arca Peringkat...
EKSPRESI JALUR GEMILANG SEMARAK BULAN KEBANGSAAN DI MELAKA
AYER KEROH 11 Ogos - Program Ekspresi Jalur Gemilang menjadi antara inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan...
ZOO MELAKA PERKAYA TARIKAN, TAMBAH KOLEKSI KANCIL
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka dijangka menambah koleksi haiwan dengan membawa masuk spesies kancil sebagai sebahagian usaha memperkayakan...
