PRN Melaka: SOP terlalu ketat, jentera BN trauma ‘diganggu’

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 10 Nov – Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan melampau, kata Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, ia berikutan ada laporan mengatakan jentera parti itu ‘diganggu’ sehinggakan kad pengenalan di ambil ketika mahu memasang bendera dan mengadakan mesyuarat di bilik gerakan Pusat Daerah mengundi (PDM).

MOHAMAD

“Jentera kami sampai trauma apabila nama diambil sebab itulah kita lihat bendera BN tidak banyak dinaikkan sebab ramai sudah takut hendak keluar.

“Saya harap SPR melihat semula arahan tersebut dan pada masa sama pihak yang melaksana di bawah tidak perlulah ‘overzealous’ atau berlebih-lebihan sehingga meminta kad pengenalan dan sebagainya,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Manifesto BN, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya SOP terlalu ketat tetap diteruskan, bukan sahaja mengganggu perjalanan demokrasi, bahkan ia juga akan merencatkan kemeriahan pilihan raya itu.

Justeru katanya, SPR serta kementerian terlibat perlulah mempertimbangkan semula atau sekurang-kurangnya melonggarkan sedikit SOP yang telah dikuatkuasakan.

“Saya berharap benarkanlah jumpa pengundi, kalau dapat yang datang hanya dua orang pun, apa salahnya, yang penting benarkan kempen dengan syarat meminimakan orang terlibat.

“Lihatlah Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim River dan Chini sebelum ini yang tidak terjadi apa-apa insiden di sana kerana kita benar-benar mengambil SOP ditetapkan dengan serius.

“Jadi, saya mohon pihak berkenaan duduklah berbincang semula dan pertimbangkan SOP yang amat ketat ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

488
Kongsi :
Previous post BN mahu wujudkan pusat perlindungan kanak-kanak terbiar di Melaka
Next post Saya tidak mahu jawab – Kamarudin
Ubah saiz-+=