
PRN Melaka: SPR akan cadang waktu keluar mengundi
BANDA HILIR 18 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencadangkan waktu keluar mengundi bagi pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, cadangan waktu itu akan diletakkan di dalam satu aplikasi khas SPR yang berfungsi seakan-akan MySejahtera.
Katanya, ia perlu dilakukan dalam usaha mengurangkan kesesakan terutama dalam tempoh fasa pandemik COVID-19.
“Kalau boleh kita mahu warga emas diberikan laluan pada waktu pagi dan orang muda biarlah lewat sedikit bagi mengelakkan kesesakan.
“Apapun, kita akan buat satu cadangan masa untuk keluar mengundi melalui satu aplikasi yang seakan Mysejahtera,” katanya dalam sidang media disebuah hotel di sini, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai hari mengundi PRN Melaka, beliau berkata, semua yang hadir diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ia termasuklah mensyaratkan vaksinasi lengkap, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
“Di peringkat urusetia kita dah maklumkan perkara ini dan kita tidak boleh bertolak ansur mengenai pematuhan SOP.
“Jadi, kita nasihatkan pengundi agar tidak turun beramai-ramai pada waktu pagi memandangkan kita ada masa dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang, iaitu satu tempoh yang panjang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERUS PERKASA PELANCONGAN SUKAN, LUAR BANDAR
RIM 10 Oktober - Pengalaman bercuti sambil menikmati keunikan alam di kawasan desa menjadi kekuatan bagi Melaka untuk menggamit lebih...
MELAKA INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE JAMBOREE TARIK 1,000 PENYERTAAN TERMASUK WAKIL 10 NEGARA LUAR
RIM 10 Oktober - Pertandingan sukan basikal lasak di Taman Ekstrem Tasik Chin Chin, Jasin semakin semakin mendapat sambutan termasuk...
ZON BEBAS KENDERAAN LUBUK REZEKI 200 PENIAGA
BANDA HILIR 10 Oktober - Pelaksanaan inisiatif Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir bukan sahaja mewujudkan suasana lebih selesa dan...
ECO CRUISE BAWA PELANCONG, PENDUDUK KAMPUNG TUAI REZEKI
AYER LIMAU 10 Oktober - Kehadiran produk pelancongan Eco Cruise Sungai Linggi bukan sahaja menawarkan pengalaman menikmati keindahan alam semula...
DUN AYER LIMAU BAKAL MILIKI SEKOLAH AGAMA BERASRAMA PENUH
AYER LIMAU 10 Oktober - Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau bakal memiliki sebuah sekolah menengah kebangsaan agama berasrama penuh...
BUKAN SEKADAR ‘SULAM’ WARISAN, KOPERASI BABA NYONYA MELAKA ‘UKIR’ PELUANG
BANDAR HILIR 10 Oktober - Daripada menghasilkan kebaya, kasut manik dan kerongsang, sebuah koperasi berteraskan warisan Baba Nyonya di Melaka...

