PRN: Polis Melaka gerak 3,835 anggota, kenal pasti 16 ‘hot spot’

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

BANDAR HILIR 3 Nov – Polis Melaka akan memberi tumpuan khusus kepada 16 kawasan panas yang dikenal pasti sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, pihaknya sudah bersiap sedia dari segi ketenteraman awam dalam menjamin keselamatan bagi menghadapi PRN ini .

Beliau berkata, sepanjang PRN ini juga seramai 3,835 pegawai dan anggota ditugaskan dilapangan dan 1,245 daripada jumlah itu adalah bantuan daripada kontinjen luar Melaka.

“Saya Ketua Polis Melaka memberi jaminan bahawa kita bersedia dan akan pastikan kententeraman awam di negeri ini semasa PRN ini berjalan lancar supaya rakyat boleh keluar mengundi selain proses demokrasi berjalan.

“Semua kawasan kita lakukan pengawasan dan pemantauan rapi, hanya kawasan ‘hot spot’ (16) diberi tumpuan utama oleh polis,” katanya pada sidang media selepas Latihan Kententeraman Awam ‘Public Order Excercise’ (POX) di Balai Polis Melaka Tengah, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah serta Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad.

LATIHAN Kententeraman Awam ‘Public Order Excercise’ (POX) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut beliau, daripada 16 kawasan panas yang dikenal pasti itu, daerah Melaka Tengah merekodkan lapan kawasan.

“Apa yang kita maksudkan dengan ‘hot spot’ itu kemungkinan menjadi tumpuan dan ada pertandingan berbagai penjuru serta pecahan penyokong,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, selain mempunyai 17 pasukan ‘Strike Force’ di peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, pihaknya juga mendapat bantuan dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) dari Bukit Aman.

“Kita turut mendapat bantuan dari empat unit dron dari Unit Dron untuk membuat pengawasan udara dalam tempoh PRN ini.

“Unit Dron ini akan digunakan di kawasan hot spot untuk membuat penilaian keselamatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

951
Kongsi :
Previous post Nak pilih kerajaan tak semudah pilih baju – Sulaiman
Next post Bajet 2022 utamakan kebajikan rakyat – Ismail Sabri
Ubah saiz-+=