Produk inovasi UTeM rangkul 7 pingat emas ITEX 2021

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 14 Jan – Kumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya merangkul tujuh pingat emas dalam International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2021) di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Profesor Ir. Dr. Ghazali Omar berkata, UTeM mencapai kemenangan secara total 100 peratus apabila semua produk inovasi hasil kumpulan penyelidik itu merangkul pingat emas dan pencapaian itu membanggakan pihak universiti.

Katanya, UTeM menetapkan penyertaan dalam pameran itu terdiri daripada kumpulan produk inovasi yang memberikan impak kepada masyarakat serta komuniti dunia selaras dengan konsep TUNAI iaitu Technology at University Advancing Industry and Community.

“Konsep penyertaan UTeM juga mengetengahkan produk yang dapat melonjakkan keupayaan penyelidikan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi nasional.

“Tahniah kepada semua penyelidik UTeM atas pencapaian tersebut dan semoga dengan pengiktirafan ini akan terus menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi UTeM serta memartabatkan nama UTeM di persada kebangsaan dan antarabangsa,” katanya di sini.

PARA pemenang pingat emas semasa 32nd International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2021).

Tujuh pingat emas yang dimenangi adalah menerusi produk PKAC Solid Stick Lubricator for Self-lubricating Railway Wheel Flange dan KAIZEN-New Hybrid Vacuum Clamping System featuring Multiple Vacuum Block.

Turut meraih pingat emas, produk Precision Agriculture Recommender System (PARS), Intelligent Fire Alarm System (I-FAS), CoCoK, Direct Heating Furnace (DHF) dan ComFUR.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

962
Kongsi :
Previous post Saf solat berjemaah di Melaka dirapatkan satu meter
Next post E-Sukan UTeM bukti pencapaian terbaik universiti
Ubah saiz-+=