Program bakul makanan bantu 3,000 penduduk Parlimen Alor Gajah

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 7 Julai – Seramai 3,000 keluarga di Parlimen Alor Gajah menerima manfaat program bakul makanan, setakat ini.

Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, bantuan disalurkan menerusi peruntukan RM300,000 diberi kerajaan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Katanya, peruntukan untuk setiap wakil rakyat itu adalah tepat bagi membantu rakyat berdepan cabaran akibat pandemik COVID-19.

“Selepas saya menerima peruntukan tambahan, tindakan lebih agresif diambil setiap hari sejak 1 Julai lalu dan ia masih berterusan sehingga sekarang.

“Agihan diberikan kepada 3,000 keluarga di Parlimen Alor Gajah meliputi golongan B40, asnaf, orang kelainan upaya (OKU) keluarga yang terputus bekalan makanan serta hilang punca pendapatan sejak PKP.

“Untuk mengenal pasti lebih ramai golongan memerlukan, pegawai saya turun ke lapangan untuk melihat sendiri mereka yang layak dibantu,” katanya kepada MHI.

Katanya setiap bakul makanan itu bernilai RM100 dan ia dibekalkan dengan barangan keperluan harian.

“Penerima diberikan makanan kering, makanan basah serta barangan keperluan seperti gas memasak.

“Dengan nilai RM100 kita dapat berikan beras lima kilogram, minyak masak, susu pekat, garam halus, gula pasir, tepung gandum, kicap manis, bihun, sos cili, sardin, teh, kopi dan biskut,” katanya lagi.

Sebarangan pertanyaan atau permohonan orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Parlimen Alor Gajah di talian 06-55611357 atau pegawai-pegawai DUN dan laman rasmi Pusat Khidmat Rakyat Alor Gajah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

484
Kongsi :
Previous post Sisih ego, guna budi bicara sebelum kompaun
Next post FELDA berpotensi kembali menjadi syarikat perladangan terunggul dunia
Ubah saiz-+=