Proses kebenaran melalui CIMS merumitkan peniaga, ambil masa lama

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

CHENG 4 Jun – Arahan kerajaan supaya semua syarikat bagi sektor berkeperluan membuat permohonan menerusi portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menimbulkan kerumitan dalam kalangan peniaga di negeri ini.

Di samping itu, peniaga turut berdepan kekeliruan terhadap arahan prosedur operasi standard (SOP) yang kadangkala berubah-ubah mengikut keperluan.

Pemilik bengkel kereta, Mohd Farid Abdul Manan, 31, berkata berkata, kebenaran untuk beroperasi dengan syarat perlu membuat permohonan CIMS 3.0 hanya dimaklumkan sehari sebelum PKP 3.0 sepenuhnya dikuatkuasakan.

MOHD FARID.

 

Katanya, perkara itu menimbulkan keadaan kelam-kabut kerana terpaksa menunggu lama untuk daftar masuk ke dalam sistem berkenaan.

“Semua (arahan)  saat akhir, jadi untuk daftar masuk ke dalam sistem itu, saya tersangkut lama kerana ‘trafik’ tinggi.

“Saya mula memohon untuk kebenaran berniaga sejak 1 Jun lalu sampai sekarang masih belum dapat daftar masuk,” katanya.

Dia berkata, jadi sehingga ke hari ini, dia masih belum dapat beroperasi meskipun sudah beberapa kali pelanggan menghubunginya untuk membaiki kereta dan terpaksa berdepan dengan kerugian kerana terpaksa menolak permintaan pelanggan.

“Malah, ada pelanggan memerlukan kereta yang masih dalam proses dibaiki kerana mahu menggunakannya membeli keperluan barang.

“Ada juga yang telefon minta baiki ketika kereta rosak di tepi jalan jadi kita hanya membantu apa yang termampu,” katanya ketika dihubungi di sini.

MOHD Shafiq.

Sementara itu, bagi pemilik restoran, Mohd Shafiq Mohd Hiddir, 37 tindakan kerajaan yang sering berubah-ubah menyebabkan ramai peniaga termasuk dirinya keliru.

Jelasnya, bagi arahan kerajaan negeri memaklumkan peniaga kecil-kecilan dibenarkan menunjukkan surat pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya tidak mempunyai surat kebenaran MITI.

“Kalau lalu di SJR (sekatan jalan raya), polis minta surat kebenaran daripada MITI juga sedangkan kerajaan negeri maklumkan peniaga kecil boleh tunjukkan surat operasi daripada PBT, jadi berlaku kekeliruan di situ.

“Jadi, sebagai langkah selamat saya memohon surat kebenaran daripada MITI namun masih menunggu keputusan kerana kita sendiri kena daftar masuk sendiri untuk periksa kelulusan itu sedangkan e-mel sudah diberikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

755
Kongsi :
Previous post Filem Showtime 1958 raih dua anugerah di ACA 2021.
Next post Keputusan SPM pada 10 Jun- Dr Radzi Jidin
Ubah saiz-+=