PRU-15: Perlu ambil kira situasi semasa – Ab. Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

LENDU 9 Jan. – Cadangan bagi menyegerakan Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU-15) perlu dinilai semula oleh UMNO Pusat lebih-lebih lagi ketika negara sedang berperang dengan pandemik COVID-19.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh bagaimanapun berkata, cadangan itu perlu mengambil kira kepentingan politik, ekonomi dan keadaan semasa sebelum sebarang keputusan diputuskan.

DATUK Seri Ab Rauf Yusoh

“Untuk menjalankan PRU  ia terpulang kepada pertimbangan semua pihak sama ada kepentingan politik, kepentingan ekonomi dan kepentingan awam supaya kita dapat memberikan sesuatu keputusan yang baik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Jom Masuk KUIM bersama DUN Lendu yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali di Dewan Perkim Masjid Tanah.

Ditanya mengenai pergeseran antara UMNO dan BERSATU, Ab Rauf bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Ujarnya segala keputusan bagi usul-usul utama yang dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO baru-baru ini akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini.

“Kita akan tunggu segala keputusan MT yang dibahaskan pada perhimpunan agung cukup bulan ini

“Segala keputusan yang dibawa ke Perhimpunan Agung adalah keputusan tertinggi dalam struktur parti UMNO dan kita akan perhalusi semua perkara-perkara yang telah dibawa di dalam persidangan-persidangan bahagian seluruh negara,” katanya.

Views:

536
Kongsi :
Previous post Melaka hantar sukarelawan bantu mangsa banjir di Johor
Next post COVID-19: Hospital Melaka penuh, pesakit dihantar ke MAEPS
Ubah saiz-+=