
PRU15: CUEPACS cadang cuti umum khas 18 November, mudahkan rakyat balik mengundi
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata walaupun tarikh mengundi jatuh pada Sabtu, cuti umum tambahan sehari lebih awal itu wajar diberikan memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak mengundi di lokasi mereka bekerja.
“Ada dalam kalangan mereka yang perlu melakukan perjalanan lebih daripada empat jam bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.
“Begitu juga dengan penduduk Labuan, Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung, jadual penerbangan terhad mungkin menyukarkan mereka pulang pada hari mengundi apatah lagi mereka yang tinggal di pedalaman yang memerlukan perjalanan tambahan serta memakan masa panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Adnan berkata walaupun setiap pekerja layak mengambil cuti tahunan, CUEPACS bimbang ada majikan yang tidak membenarkan mereka memohon cuti awal untuk pulang ke lokasi mengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PPSPM, SEKTOR PERHOTELAN JALIN KOLABORASI TAWAR PAKEJ MENARIK
BANDARAYA MELAKA 10 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyusun strategi perniagaan lebih agresif sepanjang 2026 dengan...
5 MOTOSIKAL, 10 BASIKAL MENANTI WARGA PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 10 Februari - Sebanyak lima motosikal, 10 basikal dan pelbagai barangan elektrik menanti warga Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MELAKA TERUSKAN KEMASUKAN PERCUMA PRODUK PELANCONGAN, TARIKH DITANGGUH KE 31 OGOS
AYER KEROH 10 Februari - Melaka meneruskan inisiatif kemasukan percuma ke produk pelancongan terpilih sempena Hari Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan...
MPJ MANFAATKAN TEKNOLOGI DIGITAL, AI TINGKAT KUALITI PERKHIDMATAN
SERI NEGERI 10 Februari - Tiga inisiatif Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) iaitu, MPJ Intelligent Assistant (MIA 1.0), Pelan Tindakan Khas...
BULATAN ATASI KESESAKAN DI PERSIMPANGAN BATU BERENDAM
KESIDANG 10 Februari – Cadangan pembinaan bulatan di persimpangan Batu Berendam dilihat mampu mengatasi isu kesesakan lalu lintas di laluan...
JALAN PINTAS SIMPANG KERAYONG-SIMPANG BEKOH DIBUKA 13 FEBRUARI INI
DURIAN TUNGGAL 9 Februari - Kerajaan Negeri akan merasmikan pembukaan laluan pintas baharu membabitkan kawasan Simpang Kerayong ke Simpang Bekoh...
