PSMJ2035: Melaka beri perhatian serius sistem pendidikan berkualiti – KM

Masa Membaca:57 Saat

BANDA HILIR 24 Mei – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, serius dalam usaha beliau untuk menyediakan kemudahan dan sistem pendidikan berkualiti kepada rakyat negeri ini.

Beliau berkata, menerusi Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035), menjadi hasrat keranaan negeri untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri lestari yang terus maju dan makmur menjelang tahun 2035 sebagai hab pendidikan.

Katanya kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi meneruskan Bantuan Derma Siswa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Pinjaman Pendidikan Tinggi dan Program Pengupayaan Mahasiswa.

“Usaha ini memberi peluang kepada anak-anak muda di seluruh Melaka melanjutkan pelajaran dan melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran diperlukan pada masa hadapan.

“Kejayaan Universiti Melaka (UNIMEL) menerima perakuan Universiti Penuh di bawah Akta Pendidikan Universiti Swasta Mac Mac lalu membuktikan komitmen kerajaan negeri menyediakan institusi pendidikan berkualiti di negeri tercinta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 di sini, hari ini.

Sulaiman berkarap dengan beroperasinya UNIMEL, akan lebih memudahkan urusan pendidikan khusus membabitkan anak-anak negeri Melaka.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1640
Kongsi :
Previous post Guru diminta hayati, terap elemen ‘SEJAHTERA’ di sekolah – Sulaiman
Next post PM Ismail Sabri terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon
Ubah saiz-+=