Puisi Merdeka Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

 

Melaka Menggamit Dunia
(Hasil Nukilan YAB Datuk Seri Utama Hj Sulaiman Md Ali)

Dari pohon Melaka budaya yang tumbuh,
Kita bina dinding maruah yang teguh,
Dari haruman kesidang jati diri bangsa yang kukuh,
Kita semat jalinan atap pelindung tempat berteduh,

Maka tersergam agam indah gagah Melaka watanku,
Semenjak beberapa dekad bermula,
Biarpun pernah roboh dan runtuh,
Angkara petualang penceroboh,
Rumah Melaka tetap bangkit,
Berjuang menggapai impian tinggi melangit,

Kini tatkala musibah pandemik,
mencengkam kejam seluruh alam,
Kita tetap bertindak,
Dengan bijaksana,
Kita mampu menanganinya,

Ayuh,
Sekalian jelata,
Wajahkanlah Melaka Rumahku yang setia berpadu,
Menuju negeri lestari,
Keterangkuman dan kesalinghubungan,
Kita pasakkan,
Kita pacu kemampanan ekonomi,
Dengan kecanggihan Teknologi Hijau pintar dan lagi digital,
Keberdayaan modal insan,
Keutuhan budaya dan warisan,
Bersama keihsanan dan integriti,
Menuju kecemerlangan duniawi dan ukhrawi,
Menjelang ulangtahun kemerdekaan kali ini,
Kita tanamkan tekad dan iltizam,
Dengan amalan lazim norma baharu,
Atas semangat kemerdekaan,
Dijauhi belenggu virus,

Ayuh,
Tegakkan nusa gagahkan bangsa,
Susunlah seribu satu langkah, mara ke hadapan,
Tak kira siang, mahupun malam gelap kepekatan,
Meredah samudera, menempuh gelombang lautan,
berlari mengejar cahaya di hujung jalan,

laungkanlah,
MELAKAKU MAJU JAYA,
RAKYAT BAHAGIA,
MENGGAMIT DUNIA,

Tiada lagi penindasan,
Tiada lagi penghinaan,
Malaysia Prihatin,
Perteguh muafakat dan ikatan,
Kemerdekaan kita pertahankan,
Melakaku merdeka, kekal merdeka,
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Views:

480
Kongsi :
Previous post Kerajaan negeri fokus bangunkan semula ekonomi rakyat
Next post Kibar Jalur Gemilang 285 kilometer demi tanah air tercinta
Ubah saiz-+=