Pusat dialisis pelengkap kemudahan kesihatan DUN Asahan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

ASAHAN 11 Disember – Sebuah pusat rawatan dialisus swasta yang memulakan operasi semalam, menjadi pelengkap kepada perkhidmatan kesihatan lebih berkualiti kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, operasi pusat dialisis berkenaan memberikan keselesaan kepada pesakit yang sebelum ini terpaksa menempuh perjalanan agak lama untuk ke pusat dialisis paling dekat.

Katanya, sebahagian besar pesakit memerlukan rawatan dialisis di DUN berkenaan tinggal agak jauh dari pekan atau hospital.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, pusat dialisis itu turut menawarkan perkhidmatan menghantar dan mengambil pesakit.

“Pusat Dialisis Nephcare di Selandar ini bukan sekadar menawarkan rawatan namun turut memberi pelbagai nilai tambah kepada pesakit.

“Kalau pesakit yang alami kegagalan penuh organ buah pinggang dan tinggal jauh dari bandar, kakitangan ini ada sediakan perkhidmatan ambulan untuk mengambil dan menghantar pesakit pulang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Dialisis Nephcare Selandar, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan Ketua Pegawai Eksekutif Topcare Dialysis Centre Sdn Bhd Masshamni Mohamad.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata pusat rawatan tersebut setakat ini mempunyai 14 unit mesin dialisis.

“Setakat ini pusat dialisis ini mampu menampung 14 mesin dialisis dan telah mempunyai 15 pesakit berdaftar.

“Kita harap dengan pembukaan pusat dialisis ini sedikit sebanyak memberi sinar harapan pesakit yang memerlukan dialisis dalam DUN Asahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1119
Kongsi :
Previous post Kursus dalam aliran bukan sains akan diubah bagi beri keterampilan kemahiran – Ahmad Zahid
Next post DUN Asahan tawar tiga produk ekopelancongan
Ubah saiz-+=