
Raja Muda Selangor santuni penghuni RAYSAAS
PANTAI KUNDOR 12 Mac – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, mencemar duli menyantuni penghuni di Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al- Haj (RAYSAAS), di sini, hari ini.
Turut bersama pada lawatan bersempena Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2024M/1445H adalah Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Tan Sri Mazlan Mansor.
Ketibaan Raja Muda Selangor itu amat ditunggu-tunggu pengguni RAYSAAS yang menyambut ketibaan Tengku Amir Shah dengan senyuman dan riak wajah yang amat ceria.
Selain berpeluang berjumpa Raja Muda Selangor, penghuni RAYSAAS turut menerima sumbangan wang tunai dan set kain pelikat.
Selepas berkenan menyampaikan sumbangan, Raja Muda Selangor turut meluangkan masa bersama-sama mendengar tazkirah sebelum menunaikan solat Zohor berjemaah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA HARGAI GOLONGAN BERUSIA, 2,000 WARGA EMAS NIKMATI KEMASUKAN KE LOKASI PELANCONGAN TERPILIH
AYER KEROH 5 Oktober - Seramai 2,000 warga emas termasuk peserta Karnival Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 menerima tiket percuma...
AZMI TERUSKAN TRADISI ‘KEDAI BERGERAK’, SELESA MENJAJA SAYUR GUNA MOTOSIKAL
AYER LIMAU 5 Oktober - Bagi generasi yang membesar sekitar tahun 80-an hingga 90-an, bunyi ikonik hon angin atau loceng...
DUN AYER LIMAU: LEBIH RM1 JUTA NAIK TARAF JALAN, LONGKANG
AYER LIMAU 5 Oktober - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Ekonomi dan...
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
