Rakan maut kereta dinaiki bertembung

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

ALOR GAJAH 5 Okt. – Dua rakan maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain dalam kejadian di Jalan Kemuning, Pulau Sebang, di sini, pagi ini.

Kejadian kira- kira jam 8 pagi itu, mengakibatkan pemandu Daihatsu Charade Fikry Effendi Ahmad Razali, 27 dan rakannya Nurul Shamira Mohd Rajuna,24, yang juga penumpang maut di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Pekan Alor Gajah untuk berjumpa rakan kepada Nurul Shamira.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, sebelum kejadian kereta dipandu Fikry Effendi dalam perjalanan dari arah Hutan Percha menghala ke Simpang Ampat manakala kereta Proton Waja dipandu lelaki 55 tahun pula dari arah Pulau Sebang menghala ke Hutan Percha.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebaik tiba dilokasi kejadian.

“Kereta terbabit kemudian berpusing dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Waja yang kebetulan melalui lokasi.

“Akibat daripada pertembungan itu penumpang dan pemandu Daihatsu Charade disahkan meninggal dilokasi kejadian oleh pasukan perubatan ,manakala pemandu Proton Waja mengalami kecederaan pada bahagian kaki kiri,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat, manakala pemandu yang cedera dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan lanjut.

“Kedua-dua kenderaan kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Views:

288
Kongsi :
Previous post ‘Coding with Scratch’ galak golongan cilik ceburi bidang sains
Next post PKPB di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan bermula tengah malam ini
Ubah saiz-+=