
Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini
SINGAPURA, 7 Julai – Warga Malaysia Kalwant Singh yang dijatuhi hukuman gantung menjalani hukumannya awal pagi tadi di Penjara Changi Singapura, dan jasadnya akan dibawa pulang ke Cameron Highlands lewat hari ini.
Perkara itu disahkan peguamnya Too Xing Ji ketika dihubungi Bernama.
“Ya. Dia telah menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi.
Mahkamah Rayuan Singapura semalam menolak rayuan terakhir Kalwant, yang pelaksanaannya ditetapkan hari ini.
Kalwant, 32, dijatuhi hukuman gantung di Singapura pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.
Sabitan dan hukumannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun yang sama.
Menurut Too, upacara memperingati Kalwant akan diadakan di 38 Sin Ming Drive pada sebelah petang.
Kalwant, yang berasal dari Cameron Highlands, Pahang, ditahan di republik itu pada 24 Okt 2013, dan disabitkan atas tuduhan memiliki 60.15gm diamorphine dan mengedar 120.9gm dadah jenis itu.
Kalwant memfailkan usul kepada Mahkamah Rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman serta semakan terhadap sabitan dan hukumannya.
Permohonan penangguhan hukumannya didengar Ketua Hakim Sundaresh Menon; Hakim Andrew Phang Boon Leong; dan Hakim Tay Yong Kwang melalui platform Zoom.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA MELAKA HARI INI DIPERKASA KEMAHIRAN AI
AYER KEROH 5 Ogos - Seramai 31 warga kerja dan pengamal media Melaka Hari Ini memperkukuh kemahiran berasaskan teknologi kecerdasan...
MELAKA KENAL PASTI 29 SUMBER HASIL BAHARU BERPOTENSI JANA RM157 JUTA
TABOH NANING 5 Ogos - Sebanyak 29 cadangan daripada 26 jabatan dan agensi pemungut hasil dikenal pasti berpotensi menjana hasil...
RUMAH UZUR DIMAKAN ANAI-ANAI, TOK RAUF UMUM PERUNTUKAN BAIK PULIH RM25,000 DARIPADA MAIM
AYER MOLEK 5 Ogos - Wanita warga emas yang tinggal seorang diri di rumah uzur akibat dimakan anai-anai bakal mendiami...
HASIL MELAKA MENINGKAT RM122.7 JUTA
TABOH NANING 5 Ogos - Hasil Negeri Melaka meningkat RM122.7 juta dalam tempoh dua tahun daripada RM427.5 juta pada 2023...
TERIMA KASIH KETUA MENTERI DATANG RUMAH SAYA
AYER MOLEK 5 Ogos - Riak wajah ceria jelas kelihatan pada wajah Norsiah Yahya, 73, selepas kediamannya di Kampung Kandang,...
LEBIH 12,000 PESERTA MERIAHKAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN MELAKA 31 OGOS INI
KLEBANG 5 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka bakal menyaksikan lebih 12,000 peserta perbarisan kawad kaki dengan...
