UTeM bakal wujudkan sekolah antarabangsa mulai Jan 2023

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

DURIAN TUNGGAL 7 Julai – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bakal mewujudkan sekolah antarabangsa bagi fasa satu bermula Januari 2023.

Naib Canselor UTeM, Prof Dr Massila Kamalrudin berkata, sekolah berkenaan dimulakan dengan kemasukan anak-anak tadika menerusi kerjasama Kolej Yayasan Saad.

“Sekolah ini bagi memenuhi keperluan pelajar dan staf antarabangsa menyelesaikan masalah persekolahan anak-anak mereka selain membantu kerajaan negeri menyelesaikan isu kualiti pendidikan.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam melihat produk penyelidikan UTeM sempena Majlis 100 Hari Menjajar Universiti Melonjak ke Hadapan di Dewan Canselor UTeM. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Ini dalam perancangan awal kita yang telah mendapat restu Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam yang dimasukkan dalam agenda kerajaan negeri.

“Rupanya ini juga salah satu agenda kerajaan negeri iaitu mewujudkan lebih banyak sekolah antarabangsa untuk menarik kemasukan pelabur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis 100 Hari Menjajar Universiti Melonjak ke Hadapan di Dewan Canselor UTeM di sini, hari ini.

Terdahulu Tun Mohd Ali yang juga Canselor UTeM hadir bagi melakukan gimik Pelancaran produk Penyelidikan UTeM.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Datuk Seri Dr Hasim Hasan; Pro Canselor UTeM, Datuk Dr Sabirin Ja’afar dan lain-lain pengurusan tertinggi UTeM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1631
Kongsi :
Previous post Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sendiri
Next post Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini
Ubah saiz-+=