Rakyat Melaka boleh salur aduan, cadangan di SISPAA

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 10 Mei – Anda ada sebarang aduan atau cadangan tetapi tidak tahu saluran yang betul? Jangan risau kerana kini semua itu boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

Ini kerana semua aduan, cadangan termasuklah pandangan, penghargaan dan kritikan membina terhadap agensi atau jabatan kini boleh dilakukan secara terus menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kerajaan Negeri Melaka.

SISPAA merupakan sebahagian usaha Kerajaan Negeri dalam menunjukkan keprihatinan terhadap masalah rakyat Melaka.

Ia menjadi usaha berterusan Kerajaan dalam memperbaiki mutu perkhidmatan dan penyampaian dari semasa ke semasa secara dalam talian.

Selain menjadi medium perantara, SISPAA juga dapat mempercepat serta memudahkan proses penyampaian maklum balas atau aduan kepada Agensi Kerajaan pada bila-bila masa menggunakan capaian internet.

Orang ramai boleh melayari SISPAA melalui pautan http://melaka.spab.gov.my.

sispaa
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kerajaan Negeri Melaka

Selain SISPAA, terdapat dua lagi medium yang boleh digunakan rakyat negeri ini untuk menyalurkan sebarang maklum balas iaitu Respons Rakyat Melaka dan Melaka One Number Call Centre (ONCC).

Respons Rakyat Melaka meripakan sebuah aplikasi yang boleh dimuat turun di aplikasi Play Store.

Menerusi aplikasi itu, pengadu boleh menyemak kedudukan semasa laporan aduan serta akan menerima notifikasi pemberitahuan status semasa aduan tersebut di pihak Kerajaan Negeri Melaka.

Manakala, ONCC pula merupakan pusat panggilan yang dimiliki sepenuhnya Kerajaan Negeri Melaka.

Ia menyediakan perkhidmatan telekomunikasi bagi menghubungkan rakyat Melaka dengan jabatan atau agensi yang berdaftar dalam rangkaian Melaka*Net dengan konsep satu nombor yang komprehensif iaitu 06-3333333.

Pusat panggilan ini beroperasi 24 jam setiap hari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2453
Kongsi :
Previous post Kastam Melaka tumpas penyeludupan RM6.5 juta
Next post Bapa dipenjara 36 tahun, 20 sebatan rogol dua anak
Ubah saiz-+=