Ramadan dijangka tiada telur?

Masa Membaca:57 Saat

MASJID TANAH 7 Feb – Bekalan telur ayam dijangka akan berlaku kekurangan di pasaran pada Ramadan sekiranya penternak dan pengeluar tidak dibantu.

Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Peladang Ternakan Malaysia (FLFAM) Lee Yoon Yeau berkata, hal itu dikhuatiri akan berlaku kerana kos dedak meningkat lebih 50 peratus dan tiada subsidi diberikan oleh kerajaan.

Beliau berkata, subsidi yang diharapkan daripada kerajaan pada masa ini bukan disebabkan untuk keuntungan sebaliknya bagi meneruskan kelangsungan pengeluaran telur dan ayam daging di pasaran.

“Kekurangan mungkin kira-kira antara dua hingga tiga juta sehari akan berlaku kekurangan pada Ramadan jika keadaan berterusan.

“Untuk waktu ini berlaku kekurangan kira-kira 3 juta sehari daripada 30 juta biji yang diperlukan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak setiap hari,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran yang dihadapi pengguna sejak kebelakangan ini, dijangka pulih dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, kementerian sentiasa melakukan pemantauan, pemeriksaan dan kutipan data daripada 50 syarikat yang mewakili 80 peratus pengeluaran telur di seluruh Malaysia, untuk memastikan keberadaan bekalan telur ayam dalam pasaran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1009
Kongsi :
Previous post PRN Johor boleh diteruskan – Khairy
Next post Omicron: MPN akan adakan mesyuarat lebih kerap
Ubah saiz-+=