
PRN Johor boleh diteruskan – Khairy
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata syor bagi prosedur operasi standard (SOP) PRN itu telah dimuktamadkan dan telah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Pendirian KKM adalah, memandangkan Omicron, setakat ini tidak menunjukkan kesan teruk seperti (varian) Delta maka pilihan raya negeri boleh diteruskan,” katanya dalam sidang media perkembangan situasi COVID-19 di sini hari ini.
Khairy berkata SOP PRN Johor akan diumumkan kelak.
Pada 22 Jan lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN untuk diadakan.
SPR dijangka bermesyuarat dan mengumumkan tarikh PRN Johor Rabu ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI BAWA KECERIAAN UNTUK MURID SK TELOK MAS
TELOK MAS 13 Januari - Menara Taming Sari membawa keceriaan kepada murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas pada hari...
319 SEKOLAH DI MELAKA MILIKI KEMUDAHAN LENGKAP, MESRA OKU
AYER KEROH 13 Januari – Kerajaan Negeri komited memastikan semua sekolah di Melaka dilengkapi segala kemudahan diperlukan termasuk fasiliti bagi...
MOLEK RESIDENCE FASA 3 IKON KEDIAMAN TERES MODEN DI BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 12 Januari – Molek Residence Fasa 3 di Bukit Katil mencatatkan prestasi jualan memberangsangkan apabila 237 daripada 354...
MAIM BIMBING AISYAH LEBIH MENGENALI ISLAM
DURIAN TUNGGAL 12 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memainkan peranan penting dalam membantu seorang mualaf, Aisyah Al-Diani, 37,...
JPKK PANTAI ROMBANG EDAR 150 KIT SARAPAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
PANTAI KUNDOR 12 Januari - Sarapan ringkas roti dan air kotak bukan sahaja menjadi pengalas perut, sebaliknya membantu menghilangkan debaran...
RM35 JUTA UNTUK TRANSFORMASI SEKOLAH DAIF MELAKA
AYER MOLEK 12 Januari - Lebih RM35 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Program Pembinaan Semula lapan sekolah daif di negeri ini....
