
Warga emas boleh ‘walk-in’ terima dos penggalak
KUALA LUMPUR 7 Feb – Kerajaan membenarkan mana-mana individu berusia 60 tahun ke atas untuk menerima suntikan vaksin penggalak di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata, syarat itu dilonggarkan kepada golongan terbabit untuk terus menerima penggalak secara ‘walk-in’ tanpa sebarang janji temu.
Katanya, golongan berusia 60 tahun disarankan menerima suntikan itu secepat mungkin kerana berisiko tinggi untuk menerima jangkitan COVID-19.
Ujarnya, setakat semalam sebanyak 57 peratus warga emas telah menerima jangkitan wabak terbabit.
“Lebih kurang 32 peratus bersamaan 1 juta warga emas yang masih belum menerima penggalak, kita merayu kepada golongan ini untuk terus menerima suntikan vaksin dari dijangkiti COVID-19.
“Biarpun varian Omicron tidak seganas Delta tetapi warga emas masih dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi dan jika mereka mendapat dos penggalak, mereka sekali gus akan dilindungi.
“Jadi kita minta mereka untuk hadir terus ke mana-mana PPV terdekat agar dilindungi sebelum gelombang sebenar Omicron melanda negara,” katanya dalam sidang media diadakan hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI PILIHAN NEGARA LUAR
MACHAP JAYA 15 Ogos - Felda Hutan Percha terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila kawasan berkenaan sekali lagi bakal dipilih...
JALUR GEMILANG: KIBAR MENGIKUT TATACARA YANG BETUL
AYER KEROH 15 Ogos - Masyarakat bukan sahaja digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan malah perlu memastikan pemasangannya dibuat...
PENGALAMAN BUDAYA DI HUTAN PERCHA MEMORI INDAH BUAT PESERTA AARDO
MACHAP JAYA 15 Ogos - Aktiviti mengacau dodol, rewang sekampung, mengenakan busana Melayu dan mengenali adat perkahwinan masyarakat Melayu antara...
DUA PELAJAR MRSM ALOR GAJAH HILANG DITEMUKAN DI PASAR SENI
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak...
POLIS KENAL PASTI IDENTITI TIGA SEKELUARGA TERKORBAN AKIBAT KEBAKARAN RUMAH
ROMPIN 15 Ogos - Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT TARIK PERHATIAN ORANG MUDA
PENGKALAN BATU 15 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat diakui menjadi medium yang amat berkesan dalam mendengar permasalahan,...

