Remaja maut, seorang lagi parah motosikal bertembung

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

JASIN 7 September – Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan di Jalan Nyalas – Bukit Senggeh di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan pada jam 9.30 malam itu, S Shaarvin, 15 maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi remaja lelaki yang menunggang sebuah lagi motosikal berusia 16 tahun parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nyalas itu dalam perjalanan dari arah Nyalas menghala ke Bukit Senggeh.

Katanya, seorang lagi remaja lelaki yang tidak bersekolah itu dalam perjalanan dari arah bertentangan iaitu dari Bukit Senggeh menghala ke Nyalas.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa membelok ke kanan menghala ke Taman Seri Nyalas, namun datang seorang lagi penunggang tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

“Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi parah dan dihantar ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sisatan lanjut di lokasi kejadian mendapati jalan raya dilalui adalah jalan dua hala dan lurus manakala keadaan cuaca dalam keadaan baik serta tidak hujan.

“Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1238
Kongsi :
Previous post ‘Poghut Berpoloh’ warnai Hari Malaysia DUN Ayer Limau
Next post Anak syarikat perlu jana pendapatan sendiri- KM
Ubah saiz-+=